Brunei, Media Permata, Malaio

[ad_1]

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 APRIL – Sebanyak 12 unit alat sukat dan timbang yang digunakan bagi tujuan perdagangan telah ditemui oleh penguat kuasa Unit Sukatan dan Timbangan (SDT) semasa operasi bersepadu yang diadakan di beberapa buah premis perniagaan di Daerah Brunei dan Muara pada 23 April lalu.

Daripada jumlah berkenaan, satu unit daripadanya gagal mematuhi akta dan peraturan sukatan dan timbangan iaitu menggunakan alat sukatan yang telah mansuh tempoh sah penggunaannya.

Dapatan itu adalah hasil daripada operasi bersepadu yang dilaksanakan oleh Bahagian Industri dan Ekosistem Perniagaan (IBE) melalui Unit SDT dan Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES) melalui Jabatan Hal Ehwal Pengguna di bawah Kementerian Kewangan iaitu lawatan mengejut ke atas beberapa buah premis perniagaan di Daerah Brunei dan Muara.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan dan Ekonomi (MOFE), di sini, penguat kuasa Unit SDT juga telah mendapati sebuah premis perniagaan menjual alat sukat dan timbang kepada pengguna tanpa kebenaran daripada Unit SDT sebagai syarikat pembekal alat-alat sukat dan timbang.

Kesemua alat yang dipamerkan telah diarahkan untuk diasingkan dari tempat jualan serta pihak syarikat berkenaan telah dikeluarkan Notis Peringatan untuk tindakan selanjutnya.

Pihak JPES juga telah mendapati kesemua lima premis perniagaan yang diperiksa mematuhi Akta Kawalan Harga, Penggal 142 dan peraturan-peraturan di bawahnya iaitu barangan yang dikawal harga seperti minyak masak serta susu tepung formula, tidak dijual melebihi harga maksimum yang ditetapkan serta tanda harga dipamerkan dengan jelas dan betul.

Satu daripada lima premis perniagaan berkenaan adalah peserta Jualan Mega Brunei 2024 dan premis berkenaan didapati mematuhi garis panduan acara jualan murah yang telah ditetapkan.

Pegawai Penguatkuasa semasa menjalankan pemeriksaan. – Gambar serahan MOFE

[ad_2]

Source link

Notícias

Indonésia, Republika, Indonésio

[ad_1] REPUBLIKA.CO.ID, JAKARTA — Direktur Jenderal Bea dan Cukai Kementerian Keuangan Askolani buka suara soal tingginya sanksi administrasi barang impor. Dia menjelaskan besaran sanksi administrasi

Indonésia, Indo Pos, Indonésio

[ad_1] Harianjogja.com, DEPOK—Ombudsman Republik Indonesia (ORI) DIY meminta masyarakat untuk melapor jika menemui tiang-tiang kabel yang tampak semrawut. Laporan-laporan yang datang dari masyarakat ini akan

Hong Kong, South China Morning Post, Inglês

[ad_1] Hong Kong authorities will step up enforcement on illegal ride-hailing services and rogue taxi drivers over the coming Labour Day “golden week” holiday, while

Tailândia, Business Day News, Tailandês

[ad_1] มูลนิธิสุญญตาวิหารเผยหลักสูตรการดับทุกข์สำหรับผู้บริหารระดับสูงรุ่นแรก มีผู้สนใจในช่วงสองอย่างล้นหลาม รองประธานมูลนิธิฯเผยมีทั้งอดีตรัฐมนตรี อดีต สว. และอดีตปลัดกระทรวง สนใจ ชี้หลักสูตรนี้เหมาะกับโลกในยุคปัจจุบัน นายสมชาย เลิศด้วยลาภ รองประธานมูลนิธิสุญญตาวิหาร เปิดเผยว่าด้วยสถานการณ์ปัจจุบันสิ่งที่เกิดขึ้นทั้งในประเทศไทยและในโลก ทั้งปัญหาสังคม ปัญหาเศรษฐกิจ ปัญหาทุกอย่างอีกมากมายที่เกิดขึ้น สำหรับผู้บริหารจะมีการรับรู้และรับผิดชอบมากกว่าบุคคลทั่วไป ทั้งผู้บริหารหน่วยงานภาครัฐ และผู้บริหารหน่วยงานภาคเอกชน โดยทุกข์ที่เกิดขึ้นนั้น เกิดเพราะความรับผิดชอบที่มีต่อตัวเอง หน่วยงานและสังคม รวมถึงประเทศการเป็นทุกข์สำหรับผู้บริหารแล้ว มักจะไม่สามารถบอกหรือปรึกษาใครได้ เพราะความน่าเชื่อถือและความคาดหวังของคนในองค์กร